0

Your Cart is Empty

Cara Mudah Untuk Memakai Tudung Bawal Supaya Bentuk Muka Anda Kelihatan Kurus dan Tirus-Hijab Friday

October 21, 2017

Cara Mudah Untuk Memakai Tudung Bawal Supaya Bentuk Muka Anda Kelihatan Kurus dan Tirus-Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!

Pada edisi Hijab Friday minggu ini, saya akan berkongsikan dengan anda tips-tips untuk memakai tudung bawal supaya bentuk muka kelihatan lebih kurus dan tirus. Jadi dalam tutorial pada kali ini saya akan share dengan anda tips yang pastinya akan memberi efek dalam pemakaian tudung bawal anda.

Antara tips nya adalah: 1- Elakkan material efek berkilat seperti satin kerana ianya akan memberi ilusi wajah yang berisi. 2- Pilih material dull satin jika anda ingin memakai satin. 3- Pilih material seperti chiffon, crepe & cotton yang mudah dibentuk kerana ianya dapat membuat wajah lebih berbentuk.

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada edisi Hijab Friday minggu ini, saya akan berkongsikan dengan anda tips-tips untuk memakai tudung bawal supaya bentuk muka kelihatan lebih kurus dan tirus. Jadi dalam tutorial pada kali ini saya akan share dengan anda tips yang pastinya akan memberi efek dalam pemakaian tudung bawal anda.

Antara tips nya adalah: 1- Elakkan material efek berkilat seperti satin kerana ianya akan memberi ilusi wajah yang berisi. 2- Pilih material dull satin jika anda ingin memakai satin. 3- Pilih material seperti chiffon, crepe & cotton yang mudah dibentuk kerana ianya dapat membuat wajah lebih berbentuk.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zahra Chiffon Square Headscarf dengan Swing and A Bliss Baju Kurung Modernkami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 1 brooch dan 4 pin sahaja!

Langkah 1 :Letakkan tudung di atas kepala anda

Pertama sekali, letakkan tudung bawal segi empat di atas kepala dan pastikan satu sisi lebih panjang dan satu sisi lagi lebih pendek. Pinkan kedua-dua bahagian tudung dibawah dagu anda dengan brooch.

Langkah 2 :Ambil sisi belakang bawakan ke hadapan

Seterusnya, ambil bahagian belakang tudung dan bawakan ke hadapan.

Langkah 3 :Pinkan di kedua-dua sisi kepala anda

Pinkan di kedua-dua sisi kepala anda seperti ini untuk tampak lebih kemas.

Langkah 4:Ambil sisi yang panjang dan bawakan ke atas kepala

Kemudian, ambil sisi yang panjang dan bawakan ke bahagian atas kepala anda dan pinkan seperti ini.

Langkah 5: Ambil lebihan tudung dan pinkan ke belakang

Anda juga boleh ambil lebihan tudung ini dan pinkan untuk mendapatkan efek yang berbeza.

Gaya Terakhir

Kemaskan dan anda sudah selesai!

Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals