Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!
Untuk edisi Hijab Friday pada kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda satu gaya tutorial shawl untuk everyday look anda. Pastinya ada menantikan gaya ini bukan? Hanya beberapa langkah mudah and you are ready to go!
Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Untuk edisi Hijab Friday pada kali ini, saya akan berkongsikan dengan anda satu gaya tutorial shawl untuk everyday look anda. Pastinya ada menantikan gaya ini bukan? Hanya beberapa langkah mudah and you are ready to go!
Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawl dengan Petal Patter Baju Kurung Modern kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 5 pin sahaja!
Pertama sekali, letakkan selendang di atas kepala anda pastikan satu sisi lebih pendek dan satu sisi lagi lebih panjang.
Ambil sisi belakang yang lebih panjang dan pinkan di sisi muka anda yang bertentangan.
Kemudian ambil lebihan sisi yang panjang dan bawakan kepada bahagian belakang dan pinkan di atas kepala anda.
Kemudian pinkan di kedua-dua sisi kepala anda untuk tampil lebih kemas.
Kemaskan dan anda sudah selesai!
Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!