0

Your Cart is Empty

Cara Untuk Melakukan Turkish Hijab Style Dengan Tudung Bawal Anda - Hijab Friday

September 07, 2017 1 Comment

Cara Untuk Melakukan Turkish Hijab Style Dengan Tudung Bawal Anda - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday!

Fesyen adalah salah satu perkara yang penting di dalam kehidupan seharian. Ini kerana, ia akan membuatkan anda berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai sepanjang hari. Akan tetapi, adakah anda seseorang yang mementingkan keselesaan dalam berfesyen? Jika benar, pastinya gaya ini adalah gaya yang paling sesuai buat anda!

Video Transkripsi

 

Shop Hijab Friday Headscarf

Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Fesyen adalah salah satu perkara yang penting di dalam kehidupan seharian. Ini kerana, ia akan membuatkan anda berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai sepanjang hari. Akan tetapi, adakah anda seseorang yang mementingkan keselesaan dalam berfesyen?

Jika benar, pastinya gaya ini adalah gaya yang paling sesuai buat anda! Tutorial pada minggu ini amat mudah untuk digayakan tetapi masih boleh menampakkan sisi elegan di dalam diri anda. Ianya sesuai dipakai untuk ke tempat kerja ataupun untuk bersantai bersama rakan-rakan. Pastinya gaya ini akan membuatkan anda berasa selesa sepanjang hari untuk melakukan aktiti-aktiviti anda.

Bercakap mengenai keselesaan sepanjang hari, Zolace memadan gaya tudung ini dengan All in Good Fundamental Dress Muslimah kami. Kami yakin padanan ini adalah padanan yang terbaik untuk keselesaan anda sepanjang hari. Untuk gaya pada kali ini anda memerlukan Zahra Chiffon Square Headscarf dan 1 kerongsang. Mari kita mulakan!

Langkah 1 : Letakkan tudung di atas kepala anda

a
Mulakan dengan melipat tudung bawal anda menjadi bentuk segi tiga dan letakkannya di atas kepala anda.

Langkah 2 : Pinkan di bawah dagu

b
Selepas itu, kemaskan tudung di bahagian muka anda dan pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu dengan menggunakan kerongsang.

Langkah 3 : Silangkan ke dua-dua sisi tudung

c
Langkah yang ketiga, silangkan kedua-dua sisi tudung anda dan bawakannya ke belakang leher anda.

Langkah 4 : Ikatkan di belakang leher anda

d
Langkah yang terakhir, ikatkan kedua-dua sisi tudung di belakang leher anda. Di sini, anda boleh mengubahsuai kelabuhan tudung bawal anda di bahagian hadapan sebelum mengikatkannya.

Gaya terakhir :

e
Anda sudah selesai! Kami sangat sukakan gaya yang mudah dan elegan ini. Walaupun ianya ringkas, tetapi masih kelihatan menarik untuk digayakan setiap hari. Dan untuk anda yang mahukan keanggunan berterusan, segera dapatkan tudung bawal Zahra Chiffon Square Headscarf kami.
Terdapat pelbagai warna dan corak yang pastinya akan memikat hati anda! Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

1 Response

dev dyna
dev dyna

September 15, 2017

testing

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals