0

Your Cart is Empty

Tutorial Tudung Bawal yang Diinspirasikan Oleh Mira Filzah-Hijab Friday

October 05, 2017

Tutorial Tudung Bawal yang Diinspirasikan Oleh Mira Filzah-Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!

Pada minggu ini kami akan membawakan kepada anda satu gaya pemakaian tudung bawal yang akan membuatkan anda tampak klasik dan menarik. Apa yang lebih menarik untuk tutorial pada minggu ini, gaya ini diinspirasikan oleh selebriti terkenal Malaysia iaitu Mira Filzah.

 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan membawakan kepada anda satu gaya pemakaian tudung bawal yang akan membuatkan anda tampak klasik dan menarik. Apa yang lebih menarik untuk tutorial pada minggu ini, gaya ini diinspirasikan oleh selebriti terkenal Malaysia iaitu Mira Filzah.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zahra Chiffon Square Headscraf dengan Radiant Reunion Co-Ord kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 1 brooch sahaja!

Langkah 1 :Lipatkan tudung menjadi segi tiga

Pertama sekali, lipatkan tudung anda menjadi bentuk sigitiga sebegini dan pinkan dengan brooch.

Langkah 2 :Sisipkan bahagian belakang tudung ke hadapan

Sisipkan bahagian belakang tudung anda ke hadapan supaya menutupi bahagian dada anda.

Langkah 3 :Tarik satu bahagian tudung meliliti leher anda

 

Kemudian, tarik satu bahagian hujung tudung bawal anda meliliti leher anda.

Langkah 4 :Simpulkan kedua-dua hujung bawal

Kemudian, simpulkan kedua-dua hujung bawal tadi dan kemaskan.

Langkah 5:Bawakan hujung tudung ke belakang

Anda juga boleh bawakan hujung belakang tudung anda ke belakang

Gaya Terakhir:

Anda boleh kemaskan tudung anda mengikut keselesaan. Anda sudah selesai. Jadi, pastikan anda kongsikan gaya ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals