0

Your Cart is Empty

Tips Untuk Memilih Fabrik Tudung Yang Baik- Hijab Friday

January 26, 2018 2 Comments

Tips Untuk Memilih Fabrik Tudung Yang Baik- Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!

Untuk edisi Hijab Friday pada kali ini saya akan berkongsikan dengan anda tips untuk memilih fabrik tudung yang baik. Pemilihan Fabrik tudung yang baik bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada si pemakai malah dapat menaikkan tahap keyakinan anda.

Antara tipsnya adalah :

  1. Pastikan pemilihan fabrik tidak panas dan mempunyai pengudaraan yang baik.
  2. Mempunyai keupayaan untuk menyerap peluh.
  3. Tidak terlalu ringan mahupun berat.
  4. Tidak terlalu jarang.
  5. Mudah dicuci tangan mahupun mesin.
  6. Tidak mudah berkedut. 

 

 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Untuk edisi Hijab Friday pada kali ini saya akan berkongsikan dengan anda tips untuk memilih fabrik tudung yang baik. Pemilihan Fabrik tudung yang baik bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada si pemakai malah dapat menaikkan tahap keyakinan anda. Antara tipsnya adalah :

  1. Pastikan pemilihan fabrik tidak panas dan mempunyai pengudaraan yang baik.
  2. Mempunyai keupayaan untuk menyerap peluh.
  3. Tidak terlalu ringan mahupun berat.
  4. Tidak terlalu jarang.
  5. Mudah dicuci tangan mahupun mesin.
  6. Tidak mudah berkedut.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Flair in Layers Top dengan Sleek For Itself Pantskami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 3 pin sahaja!

Langkah 1 :Letakkan selendang di atas kepala anda

Pertama sekali letakkan selendang di atas kepala anda, dan pastikan satu sisi lebih pendek dan satu sisi lagi lebih panjang

Langkah 2 :Bawakan sisi yang pendek ke sisi muka yang bertentangan

Kemudian bawakan sisi yang lebih pendek ke sisi muka yang bertentangan dan pinkan. 

Langkah 3 :Ambil sisi yang panjang dan bawakan ke bahagian belakang anda

Kemudian ambil sisi yang panjang dan bawakan ke bahagian belakang kepala anda dan anda boleh pinkan. 

Langkah 4:Ambil lebihan selendang dan pinkan di atas kepala anda

Kemudian ambil hujung selendang dan pinkan di atas kepala anda. 

Gaya Terakhir

Kemaskan dan anda sudah selesai!

Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!

2 Responses

AQWTfMwOKdFtq
AQWTfMwOKdFtq

August 03, 2020

dYaDUxrhcCt

WtbxFhIjmuBSEa
WtbxFhIjmuBSEa

August 03, 2020

xhqkAWBNmnwyur

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals