Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila
klik sini. Hai peminat-peminat Zolace! Bertemu kembali dalam
Hijab Jumaat edisi terbaru. Hari ini kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda tutorial selendang curved yang selama ini anda nanti-nantikan. Anda mungkin mahu menukar gaya selendang curved anda yang lama, jadi gaya terbaru ini khas buat anda!
Shop Hijab Friday Headscarf
Video Transkripsi
Hai peminat-peminat Zolace! Bertemu kembali dalam Hijab Jumaat edisi terbaru. Hari ini kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda tutorial selendang curved yang selama ini anda nanti-nantikan. Anda mungkin mahu menukar gaya selendang curved anda yang lama, jadi gaya terbaru ini khas buat anda!
Gaya ini boleh dipakai di kebanyakan tempat, seperti di pejabat , ketika anda membeli-belah, atau mana-mana majlis. Ia mudah dilakukan tetapi masih memberikan anda penampilan yang elegan dan bersahaja. Kami sangat sukakan alunan di bahagian hadapan dan sisi muka, ia akan memberikan anda dimensi tambahan dan aura yang bergaya dalam kehidupan seharian.
Hari ini kami memadankan gaya ini dengan Keep It In Line Tunic, pakaian versatil yang anda perlu tambahkan ke dalam koleksi pakaian harian anda! Untuk tutorial ini anda hanya memerlukan Selendang Curved Zehna Chiffon kami, 4 pin dan satu kerongsang -- mari kita mulakan!
Langkah 1 : Jadikan satu sisi lebih panjang
Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda dan jadikannya satu sisi lebih panjang daripada yang satu lagi. Terpulang kepada anda hujung mana yang perlu dipanjang atau dipendekkan. Anda boleh cuba lakukan keduanya dan lihat gaya mana yang sesuai untuk anda.
Langkah 2 : Bawa ia ke belakang leher anda
Ambil bahagian hujung dan bawa ia ke belakang leher anda dan pinkannya dengan kerongsang.
Langkah 3 : Bawa ke bahagian atas kepala anda
Sekarang, ambil tepi bahagian yang panjang dan bawakan ia ke bahagian atas kepala anda, ukur dengan baik supaya anda mempunyai ruang yang cukup untuk melitupi sekeliling muka anda. Pinkan bahagian pertama ini di atas kepala anda dan bariskan bahagian yang tergantung di sekeliling dagu anda untuk pinkan ia bersebelahan bahagian pertama. Anda sepatutnya mempunyai gantungan bulat yang cantik di bahagian hadapan anda.
Langkah 4 : Gunakan kerongsang untuk menyematkannya
Langkah seterusnya ini adalah pilihan, jika anda mahu menyembunyikan anak tudung, atau jika ia tidak dilitupi pada langkah sebelum ini. Gunakan beberapa pin untuk menyematkan selendang di kedua-dua sisi pipi.
Gaya Terakhir :
Lakukan sebarang ubahsuai, dan itu dia, anda kelihatan sempurna!
Selendang Curved Zehna Chiffon kami mempunyai panjang yang sempurna untuk memberikan litupan yang terbaik di bahagian hadapan dan belakang, pada masa yang sama lembut dan mudah terbentuk untuk memberikan alunan yang cantik. Itu sahaja untuk hari ini-- terima kasih kerana menyertai kami!
Kami harap anda sukakan tutorial ini, jadi pastikan anda tinggalkan komen di bawah dan bagitahu kami apa gaya selendang curved kegemaran anda! Kongsi video ini dengan rakan-rakan anda dan kita akan bertemu lagi minggu depan untuk satu lagi edisi
Hijab Jumaat !