Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi jelitawan Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan membawakan kepada anda, satu gaya tudung yang amat sesuai buat anda yang mahu memakai anting-anting.
Gaya ini mudah untuk dilakukan dan pastinya akan membuatkan anda kelihatan lebih elegan dan lebih bergaya. Gaya ini sangat sesuai digayakan untuk anda semasa menghadiri majlis-majlis formal seperti majlis makan malam ataupun majlis istimewa.
Hi jelitawan Zolace! Kami berharap anda dalam keadaan sihat selalu. Alhamdullilah, kembali kita lagi di dalam satu edisi Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan membawakan kepada anda, satu gaya tudung yang amat sesuai buat anda yang mahu memakai anting-anting. Gaya ini mudah untuk dilakukan dan pastinya akan membuatkan anda kelihatan lebih elegan dan lebih bergaya.
Gaya ini sangat sesuai digayakan untuk anda semasa menghadiri majlis-majlis formal seperti majlis makan malam ataupun majlis istimewa. Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Bubble Curved Shawl yang berwana Burgundy, Keep it in Line Tunic dengan Better Shake Up Trousers kami.
Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 3 pin.
Pertama sekali,pastikan satu bahagian lebih panjang dan satu bahagian lebih pendek.
Pinkan selendang di sisi muka anda dengan menggunakan jarum peniti.
Ambik bahagian yang panjang dan lilitkan di belakang leher anda dan bawakannya ke hadapan.
Disini, anda boleh memakai anting-anting kegemaran anda untuk menyerlahkan lagi penampilan anda
Anda sudah selesai. Kami berharap anda akan sukakan gaya ini dan kongsikannya bersama rakan-rakan serta ahli keluarga anda!
Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!
Rogayah Hussein
December 02, 2017
One question: what type of inner did the model wear before she puts on the shawl ?