0

Your Cart is Empty

Cara Mudah Untuk Tampil Menyerlah Dengan Gaya Shawl Bersilang - Hijab Friday

October 05, 2017

Cara Mudah Untuk Tampil Menyerlah Dengan Gaya Shawl Bersilang - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan berkongsi dengan satu gaya selendang yang menarik dan akan memberikan dimensi yang cantik di bahagian muka anda. Ramai di antara kita yang kurang yakin untuk mencuba gaya ini bukan? Mungkin ianya kelihatan susah dan remeh untuk dilakukan oleh anda. Tetapi anda tentu tidak percaya bahawa gaya ini sebenarnya amat mudah dan cepat untuk dilakukan.

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan berkongsi dengan satu gaya selendang yang menarik dan akan memberikan dimensi yang cantik di bahagian muka anda. Ramai di antara kita yang kurang yakin untuk mencuba gaya ini bukan? Mungkin ianya kelihatan susah dan remeh untuk dilakukan oleh anda. Tetapi anda tentu tidak percaya bahawa gaya ini sebenarnya amat mudah dan cepat untuk dilakukan. Untuk gaya pada hari ini kami memadankan Classically Captivating Dress kami dengan Zehna Bubble Rectangle Shawl. Anda wajib mencuba padanan yang comel ini. Pastinya anda sudah tidak sabar untuk mepelajarinya. Jadi mari kita mulakan. Gaya ini memerlukan 4 pin.

Langkah 1 : Letakkan selendang di atas kepala anda.

Letakkan hujung selendang di atas kepala anda. Pastikan hujung selendang sedikit menyerong dan pinkannya.

Langkah 2 : Lilitkan lebihan selendang ke atas kepala anda.

Selepas itu, lilitkan lebihan selendang ke atas kepala anda. Di bahagian ini ada perlu melilitkannya dengan berhati-hati supaya anda boleh mendapatkan bentuk-v di bahagian hadapan kepala anda.

Langkah 3: Pinkan di bahagian sisi kepala anda.

Kemaskan selendang sehingga anda berpuas hati dengan kedudukannya dan pinkan di bahagian sisi kepala anda.

Langkah 4 : Ambil bahagian yang panjang dan lilitkan.

Sekarang, ambil lebihan selendang yang panjang dan bawakan ke bahu bertentangan. Selepas anda selesa dengan kedudukan selendang anda, pinkan di bahu.

Gaya terakhir :

Anda sudah selesai! Lihatlah bagaimana Zehna Bubble Rectangle Shawl kami dapat memberikan lipatan yang cantik dan kemas buat anda. Rugi jika anda tidak menambahkannya ke dalam koleksi selendang anda! Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!


Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals