
Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila
klik sini. Hai Peminat Zolace! Kembali lagi ke edisi lain
Hijab Jumaat! Hari ini kita mempunyai gaya selendang yang kelihatan hebat dan menarik untuk 2 sebab. Pertama, ia tidak mempunyai pin atau kerongsang, dan kedua, ia diilhamkan oleh si jelita Hanis Zalikha. Hanis seorang yang hebat kerana dia melakukannya semua sebagai model yang berjaya, pelakon, dan juga hos. Jika anda cuba gaya ini, anda pasti akan kelihatan anggun dan bergaya sepertinya.
Shop Hijab Friday Headscarf
Video Transkripsi
Hai Peminat Zolace! Kembali lagi ke edisi lain Hijab Jumaat! Hari ini kita mempunyai gaya selendang yang kelihatan hebat dan menarik untuk 2 sebab. Pertama, ia tidak mempunyai pin atau kerongsang, dan kedua, ia diilhamkan oleh si jelita Hanis Zalikha. Hanis seorang yang hebat kerana dia melakukannya semua sebagai model yang berjaya, pelakon, dan juga hos. Jika anda cuba gaya ini, anda pasti akan kelihatan anggun dan bergaya sepertinya.
Hari ini kita akan menggunakan selendang keluaran terbaru iaitu Selendang Empat Segi Zehna Bubble. Fabriknya yang sempurna dari segi kualiti akan membuatkan anda kelihatan sopan kerana ia tidak dapat ditelusi sementara merasa cukup nyaman dengan iklim negara Malaysia kita. Hari ini kami padankan gaya ini dengan blaus Full of Wonder dan Stretch of Timeless Pencil Skirt, kedua-duanya pilihan yang hebat! Ok, mari kita mulakan!
Langkah 1 : Letakkan selendang secara sama rata di atas kepala anda

Letakkan selendang anda secara sama rata di atas kepala anda. Atau anda boleh cuba dengan satu hujung yang lebih panjang daripada yang lain seperti yang ditunjukkan di sini. Buatlah eksperimen dengan apa yang anda suka! Buatkan sedikit lipatan di kedua sisi muka anda kerana ini akan membantu merapikan tudung supaya kelihatan lebih menarik.
Langkah 2 : Lilitkan ke arah belakang
Ambil satu sisi dan lilitkan ke belakang leher anda supaya fabrik kembali terjuntai ke bawah di hadapan anda. Lakukan sebarang perubahan akhir jika anda mahu, dan anda sudah siap!
Langkah 3 : Gaya akhir
Gaya ini merupakan sesuatu yang unik lagi anggun dan sesuai untuk dipasangkan dengan jubah atau seluar untuk kelihatan bergaya sepenuhnya. Ia kelihatan seperti sukar bagi anda untuk mencubanya, sedangkan ia boleh siap dalam masa yang singkat! Anda mesti wajib mencuba
Selendang Empat Segi Zehna Bubble.
Fabriknya yang sedikit berat akan membolehkan selendang anda berada di tempatnya sepanjang hari! Jadilah pelanggan kami, sila berikan sedikit komen dengan rasa kasih sayang, dan kita akan berjumpa lagi minggu hadapan dengan edisi
Hijab Jumaat yang lain.