Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Untuk edisi pada kali ini, kami akan berkongsikan dengan anda satu gaya selendang dan menarik sesuai buat anda yang mahu mencuba atau sukakan gaya yang moden .
Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawl dengan Lasting Expression Baju Kurung Modern kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 5 pin sahaja.
Pertama sekali, letakkan selendang diatas kepala anda seperti ini. Pastikan satu bahagian lebih pendek dan satu bahagian lebih panjang.
Selepas itu, bawakan sisi yang lebih panjang ke bahagian yang bertentangan dan pinkan di sisi kepala anda.
Kemudian ambil lebihan selendang dibahagian hadapan dan bawakan ke belakang bahu bertentangan. Pinkan untuk pastikan selendang terletak di bahagian bahu anda.
Kemudian pinkan disisi kepala anda untuk pastikan selendang sentiasa terletak.
Akhir sekali, ambil sedikit hujung selendang anda dan pinkan disisi kepala anda.
Anda boleh kemaskan selendang anda mengikut keselesaan. Anda sudah selesai. Jadi, pastikan anda kongsikan gaya ini dengan rakan-rakan anda yang lain.
Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!