0

Your Cart is Empty

Tutorial Shawl Yang Istimewa Untuk Menyerlahkan Penampilan Anda Di Hari Raya - Hijab Friday

October 05, 2017

Tutorial Shawl Yang Istimewa Untuk Menyerlahkan Penampilan Anda Di Hari Raya - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!

Pada minggu ini kami akan berkongsikan tutorial yang menarik dan berlainan daripada tutorial-tutorial sebelum ini. Ini kerana kami menggunakan aksesori seperti cincin untuk mengayakan selendang ini. Pastinya gaya ini akan membuat anda kelihatan unik dan menyerlah.

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan berkongsikan tutorial yang menarik dan berlainan daripada tutorial-tutorial sebelum ini. Ini kerana kami menggunakan aksesori seperti cincin untuk mengayakan selendang ini.

Pastinya gaya ini akan membuat anda kelihatan unik dan menyerlah. Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawl yang berwana Burgundy dengan Beloved and Beyond Baju Kurung Moden kami.

Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 2 cincin dan 2 pin.

Langkah 1 : Pastikan satu bahagian lebih panjang dan satu bahagian lebih pendek.

Pertama sekali, letakkan selendang anda diatas kepala dan pastikan satu bahagian lebih panjang dan satu bahagian lebih pendek. Pinkan selendang di kedua-dua sisi muka anda mengunakan jarum peniti

Langkah 2 : Masukkan cincin ke gulungan.

Gulungkan bahagian yang pendek dan pada bahagian ini anda perlu masukkan cincin ke gulungan ini.

Langkah 3 : Ambil bahagian panjang dan lilitkan di atas kepala.

Ambil bahagian yang panjang dan lilitkan di atas kepala.

Langkah 4 : Bawa ke hadapan dan pin.

Bawakan kehadapan dan pinkan. Kemaskan.

Langkah 5 : Pinkan hujung selendang di atas kepala.

 

Bawakan hujung selendang anda dan pinkan di atas kepala anda.

Gaya terakhir :

Kemaskan tudung anda dan anda sudah selesai. Kami berharap anda akan sukakan gaya yang unik ini. Jadi, pastikan anda kongsikan gaya ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals