Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada edisi Hijab Friday kali ini, kami akan berkongsikan gaya tudung yang amat ringkas untuk digayakan tetapi masih tampak ayu!
Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawlkod Forest dengan Flame and Flattery Cardigan dengan Timeless Tempatation Tunic bersama dengan Complementing Confidence Tapered Pants kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini hanya memerlukan 3 pin sahaja.
Pertama sekali, pastikan hujung selendanganda satu bahagian lebih panjang dan satu bahagian lagi lebih pendek
Pinkan hujung selendang yang pendek di sisi muka anda. Pastikan ianya ketat dan selesa.
Kemudian, pinkan juga bahagian selendang yang lebih panjang untuk pastikan selendang sentiasa kemas.
Kemudian ambil bahagian selendang yang panjang, bawakan ke hadapan dan tarikan kedua-dua bahagian tudung ke belakang kepala anda.
Pastikan selesa disekitar bahagain dagu anda, dan pinkan kedua-dua belah di bahagian atas kepala anda.
Anda boleh kemaskan dan pin kan mengikut keselesaan anda. Anda sudah selesai. Jadi, pastikan anda kongsikan gaya ini dengan rakan-rakan anda yang lain.
Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!