Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!
Untuk edisi pada kali ini, kami akan berkongsikan dengan anda satu gaya yang elegan dan menarik dengan menggunakan selendang. Buat anda yang sudah bosan dengan gaya selendang yang sama setiap hari pastinya gaya ini adalah gaya yang sempurna buat anda.
Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Untuk edisi pada kali ini, kami akan berkongsikan dengan anda satu gaya yang elegan dan menarik dengan menggunakan selendang. Buat anda yang sudah bosan dengan gaya selendang yang sama setiap hari pastinya gaya ini adalah gaya yang sempurna buat anda.
Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Dull Satin Curved Shawlkod Mocha dengan Darling Dreamer Lace Dress kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 4 pin sahaja.
Pertama sekali, letakkan selendang diatas kepala anda seperti ini. Pastikan satu bahagian lebih pendek dan satu bahagian lebih panjang.
Selepas itu, pinkan di kedua-dua sisi kepala anda.
Seterusnya, ambilkan bahagian yang lebih panjang dan lilitkan diats kepala anda.
Kemudian anda pinkan dan kemaskan selendang anda supaya nampak lebih kemas.
Selepas itu, ambil lebihan selendang dan bawakan ke bahagian bahu yang bertentangan dan pinkan.
Anda boleh kemaskan selendang anda mengikut keselesaan. Anda sudah selesai. Jadi, pastikan anda kongsikan gaya ini dengan rakan-rakan anda yang lain.
Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!