0

Your Cart is Empty

Hijab Style Untuk Anda Yang Ingin Tampil Elegen dan Anggun Sepanjang Hari- Hijab Friday

October 23, 2017

Hijab Style Untuk Anda Yang Ingin Tampil Elegen dan Anggun Sepanjang Hari- Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi dan Assalamualaikum semua, Saya Ika dari Zolace Malaysia. Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday!

Untuk edisi Hijab Friday pada kali ini saya akan berkongsikan dengan anda tips-tips pemakaian tudung untuk tampak lebih kemas dan selesa. Antara tipsnya adalah: 1. Pastikan material tudung yang dipilih selesa untuk dipakai. 2. Pastikan gaya yang digayakan kene dengan bentuk muka anda. 3. Anda perlu memilih warna tudung yang sesuai dengan penampilan anda.

 

Shop hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Untuk edisi Hijab Friday pada kali ini saya akan berkongsikan dengan anda tips-tips pemakaian tudung untuk tampak lebih kemas dan selesa.

Antara tipsnya adalah: 1. Pastikan material tudung yang dipilih selesa untuk dipakai. 2. Pastikan gaya yang digayakan kene dengan bentuk muka anda. 2. Anda perlu memilih warna tudung yang sesuai dengan penampilan anda.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawl dengan Pass with Flair Blouse dengan Say It with Style Peplum Skirt kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 4 pin sahaja!

Langkah 1 :Letakkan selendang di atas kepala anda

  

Pertama sekali, letakkan selendang di atas kepala anda dan pastikan satu sisi lebih panjang dan satu sisi lagi lebih pendek.

Langkah 2 :Ambil sisi selendang yang lebih panjang dan bawakan ke sisi yang bertentangan

Lipatkan bahagian sisi selendang yang lebih panjang dan bawakan ke arah sisi muka yang bertentangan dan pinkan.

Langkah 3 :Bawakan sisi shawl yang lebih pendek ke bahu bertentangan

Seterusnya, bawakan sisi shawl yang lebih pendek ke bahu yang bertentangan melalui bawah shawl yang lebih panjang dan pinkan di bahu anda.

Langkah 4:Lilitkan bahagian selendang yang panjang ke bahu bertentangan

Kemudian lilitkan bahagian selendang yang panjang sehingga ke bahu yang bertentangan.

Gaya Terakhir

Anda boleh kemaskan bahagian hadapan shawl anda dan anda sudah selesai!

Kami berharap anda akan berpuas hati dan sukakan gaya ini. Jadi, pastikan anda berkongsi gaya ini dengan rakan-rakan anda, tinggalkan komen anda di bawah, subscribe dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisiHijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals