0

Your Cart is Empty

Gayakan Tudung Bawal Anda Seperti Selendang Dengan Cara Yang Paling Mudah - Hijab Friday

October 05, 2017

Gayakan Tudung Bawal Anda Seperti Selendang Dengan Cara Yang Paling Mudah - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Gaya tudung yang mudah untuk dipakai dan digayakan pastinya menjadi pilihan kebanyakkan wanita di luar sana. Jadi pada minggu ini, kami ingin berkongsi dengan anda satu gaya tudung yang mudah tetapi masih dapat menyerlahkan sisi yang anggun dan sopan dalam diri anda. Untuk gaya pada kali ini juga kami menggunakan tudung bawal Zahra Chiffon Square Headscarf dan ianya akan digayakn seperti anda memakai selendang.
 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Gaya tudung yang mudah untuk dipakai dan digayakan pastinya menjadi pilihan kebanyakkan wanita di luar sana. Jadi pada minggu ini, kami ingin berkongsi dengan anda satu gaya tudung yang mudah tetapi masih dapat menyerlahkan sisi yang anggun dan sopan dalam diri anda.

Untuk gaya pada kali ini juga kami menggunakan tudung bawal Zahra Chiffon Square Headscarf dan ianya akan digayakn seperti anda memakai selendang. Untuk tutorial pada kali ini kami akan menggunakan Zahra Chiffon Square Headscarf dan dipadankan pula dengan Cherished Charm Dress keluaran terbaru kami. Pastikan anda mempunyai satu set padanan ini di dalam almari anda. Sudah tentu ianya akan menonjolkan lagi penampilan anda yang sopan dan ayu sepanjang hari. Untuk gaya pada ini anda memerlukan 4 pin. Mari kita mulakan!

Langkah 1 : Letakkan tudung di atas kepala anda.

Mulakan dengan meletakkan tudung bawal di atas kepala anda.

Langkah 2 : Pinkan di kedua-dua sisi pipi anda.

Selepas itu, kemaskan tudung di bahagian muka anda dan pinkan di kedua-dua sisi pipi anda. Di bahagian ini anda boleh tentukan sama ada anda mahu melipat sedikit di tudung di bahagian sisi muka anda atau tidak mengikut keselesaan masing-masing.

Langkah 3 : Bawakan satu sisi ke bahagian yang bertentangan.

Langkah yang ketiga, bawakan satu sisi ke bahagian yang bertentangan dan pinkannya di sisi pipi anda. Di sini anda boleh kemaskan tudung dibahagian dada anda supaya ianya beralun dengan cantik.

Langkah 4 : Pinkan di bahagian bahu anda.

Setelah anda berpuas hati dengan kedudukan selendang anda, anda boleh pinkan di bahagian bahu anda supaya tudung anda akan kekal kemas sepanjang hari.

Gaya terakhir :

 
Sudah selesai. Mudah bukan? Pastikan anda mencuba gaya ini di rumah. Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals