0

Your Cart is Empty

Gaya Tudung Bawal Yang Akan Sentiasa Menjadi Kesukaan Anda Sepanjang Zaman - Hijab Friday

October 05, 2017

Gaya Tudung Bawal Yang Akan Sentiasa Menjadi Kesukaan Anda Sepanjang Zaman - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada hari ini kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda satu gaya tudung bawal yang sentiasa menjadi kesukaan anda. Walaupun gaya ini sudah lama digayakan oleh ramai wanita di luar sana, tetapi ianya masih lagi relevan untuk digayakan sehingga kini.
 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada hari ini kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda satu gaya tudung bawal yang sentiasa menjadi kesukaan anda. Walaupun gaya ini sudah lama digayakan oleh ramai wanita di luar sana, tetapi ianya masih lagi relevan untuk digayakan sehingga hari kini.

Gaya ini juga adalah gaya yang mudah dan kemas untuk digayakan dan yang paling istimewa, gaya ini dapat menutup bahagian dada anda. Untuk melakukan gaya ini kami menggunakan Zahra Chiffon Square Headscarf kami dan dipadankan dengan Perfect Poise Jubah. Pastinya padanan ini akan menyerlahkan lagi keayuan si pemakainya. Jadi mari kita mulakan. Untuk gaya ini kita memerlukan 1 brooch dan 2 pin.

Langkah 1 : Letakkan tudung di atas kepala anda

Mulakan dengan meletakkan tudung di atas kepala anda. Pastikan, kedua-dua sisi tudung adalah sama panjang.

Langkah 2 : Pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu

Selepas itu, kemaskan tudung di bahagian muka anda dan pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu dengan menggunakan kerongsang.

Langkah 3 : Bawakan satu sisi ke bahagian bahu yang bertentangan

Langkah yang ketiga, bawakan satu sisi ke bahagian bahu yang bertentangan dan pinkan dia atas bahu.

Langkah 4 : Bawakan satu lagi sisi ke atas kepala anda dan pinnya.

Sekarang, ambil satu lagi sisi dan bawakannya ke atas kepala anda dan pinkannya.

Gaya terakhir :

 
Kemaskan dan anda sudah selesai! Mudah bukan? Gaya ini sangat sesuai digayakan sama ada untuk wanita yang mahu pergi ke pejabat mahupun pergi ke kelas. Selain itu ianya juga boleh digayakan oleh pelbagai peringkat umur. Kelebaran tudung Zahra Chiffon Square Headscarf ini juga pastinya akan memberikan litupan yang sempurna buat anda.
Jadi jangan lupa untuk menggayakan gaya ini dengan Zahra Chiffon Square Headscarf kami. Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals