0

Your Cart is Empty

Cara Paling Pantas Untuk Gaya Yang Casual Dengan Tudung Bawal Anda - Hijab Friday

October 05, 2017

Cara Paling Pantas Untuk Gaya Yang Casual Dengan Tudung Bawal Anda - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan membawakan kepada anda satu gaya tudung yang teramat ringkas dan hanya memerlukan kurang satu minit untuk melakukannya.

Gaya ini sangat sesuai buat anda yang ingin bersantai bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga kerana ianya sangat ringkas dan tidak memerlukan masa yang lama untuk bersiap. Walaupun begitu, gaya ini masih akan menampakkan sisi keayuan pada diri anda.

 

Shop Hijab Friday Headscarf 

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan membawakan kepada anda satu gaya tudung yang teramat ringkas dan hanya memerlukan kurang satu minit untuk melakukannya. Gaya ini sangat sesuai buat anda yang ingin bersantai bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga kerana ianya sangat ringkas dan tidak memerlukan masa yang lama untuk bersiap. Walaupun begitu, gaya ini masih akan menampakkan sisi keayuan pada diri anda.

Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zahra Chiffon Square Headscarf yang berwana Green dengan All in Good Fundamental kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 3 pin.

Langkah 1 :Pastikan ianya sama panjang.

Pertama sekali, lipatkan tudung bawal anda menjadi bentuk segi tiga. Selepas itu, letakkan di atas kepala dan pastikan ianya sama panjang. Seterusnya ambil satu bahagian tudung dan pinkan di kedua-dua sisi muka anda.

Langkah 2 :Lilitkan di bahagian belakang leher.

Ambilkan satu bahagian tudung dan lilitkannya di bahagian belakang leher anda.

Langkah 3 :Pinkan hujung tudung dibahu anda.

Bawakan hujung tudung ke bahagian hadapan bahu bertentangan dan pinkan hujung tudung dibahu anda.

Gaya terakhir :

Kemaskan tudung anda dan anda sudah selesai. Kami berharap anda akan sukakan gaya ini dan kongsikannya bersama rakan-rakan serta ahli keluarga anda!

Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals