0

Your Cart is Empty

Cara Mudah Untuk Tampil Lebih Trendy dan Bergaya- Hijab Friday

October 05, 2017

Cara Mudah Untuk Tampil Lebih Trendy dan Bergaya- Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada edisi kali ini, kami akan berkongsikan satu lagi gaya tudung yang akan membuatkan anda tampak lebih trendy mengikut trend semasa.

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday! Pada edisi kali ini, kami akan berkongsikan satu lagi gaya tudung yang akan membuatkan anda tampak lebih trendy mengikut trend semasa. Untuk tutorial pada hari ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawl berwarna Hitam dengan Brave New Whirl Co-Ord kami.

Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini hanya memerlukan 2 pin sahaja.

Langkah 1 :Pastikan satu bahagian lebih panjang dan satu bahagian lebih pendek

IMG_0149

Pertama sekali, pastikan hujung selendanganda satu bahagian lebih panjang dan satu bahagian lagi lebih pendek

Langkah 2 :Pinkan hujung selendang anda di sisi muka anda

IMG_0148

Pinkan hujung selendang yang pendek di sisi muka anda. Pastikan ianya ketat dan selesa.

Langkah 3 :Pinkan bahagian selendang yang lebih panjang

IMG_0147

Kemudian, pinkan juga bahagian selendang yang lebih panjang untuk pastikan selendang sentiasa kemas.

Langkah 4 :Tarik hujung selendang ke belakang

IMG_0145

Kemudian tarik hujung selendang yang lebih panjang ke belakang sehingga separuh.

Langkah 5 :Ikatkan hujung selendang anda

IMG_0144

Seterusnya, ikatkan hujung selendang mengikut kreativiti anda.

Gaya terakhir :

IMG_0143

Pada bahagian ikatan itu, anda boleh kemaskan dan pin kan mengikut keselesaan anda. Anda sudah selesai. Jadi, pastikan anda kongsikan gaya ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals