Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila
klik sini. Hi jelitawan Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi
Hijab Friday! Pada minggu ini kami ingin berkongsi dengan anda satu cara mudah untuk mengayakan shawl dengan rantai yang menarik. Gaya ini sangat sesuai buat anda untuk pergi ke majlis-majlis yang memerlukan anda tampil berbeza dari gaya anda sehari-harian.
Shop Hijab Friday Headscarf
Video Transkripsi
Hi jelitawan Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada minggu ini kami ingin berkongsi dengan anda satu cara mudah untuk mengayakan shawl dengan rantai yang menarik. Gaya ini sangat sesuai buat anda untuk pergi ke majlis-majlis yang memerlukan anda tampil berbeza dari gaya anda sehari-harian.
Untuk tutorial pada kali ini, kami memadankan Zehna Dull Satin Curved Shawl yang berwana silver dengan Making Memories Dress kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 3 pin.
Langkah 1 : Letakkan tudung di atas kepala anda
Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda dan pastikan satu bahagian lebih pendek. Di bahagian ini anda boleh pinkan di kedua-dua sisi kepala anda untuk memastikan selendang anda terletak ditempatnya.
Langkah 2 : Bawakan sisi yang pendek ke bahagian bertentangan.
Selepas itu, Bawakan sisi yang pendek ke bahagian bertentangan dan pinkan di sisi kepala anda. Selepas itu, anda juga boleh pinkan sisi selendang tersebut di bahagian bahu supaya ianya kekal kemas.
Langkah 3 : Bawakan sisi yang panjang ke bahagian bertentangan.
Langkah yang ketiga, bawakan sisi yang panjang pula ke bahagian yang bertentangan.
Langkah 4 : Letakkan rantai kegemaran anda.
Seterus, bahagian yang pastinya anda nanti-nantikan, anda sudah boleh menyarungkan rantai kegemaran.
Gaya terakhir :
Sudah selesai. Mudah bukan? Ianya hanya memerlukan 3 langkah yang ringkas dan pantas. Jadi pastikan anda mencuba gaya ini di rumah. Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi
Hijab Friday!