
Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila
klik sini. Hi jelitawan Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi
Hijab Friday! Pada minggu ini kami berasa sangat teruja untuk berkongsi dengan anda satu gaya selendang yang menarik buat anda yang mahu menjadi bridesmaid yang anggun dan jelita di hari bahagia ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Gaya ini juga sangat sesuai buat anda untuk pergi ke majlis-majlis yang memerlukan anda tampil berbeza dari gaya anda sehari-harian.
Shop Hijab Friday Headscarf
Video Transkripsi
Hi jelitawan Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada minggu ini kami berasa sangat teruja untuk berkongsi dengan anda satu gaya selendang yang menarik buat anda yang mahu menjadi bridesmaid yang anggun dan jelita di hari bahagia ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Gaya ini juga sangat sesuai buat anda untuk pergi ke majlis-majlis yang memerlukan anda tampil berbeza dari gaya anda sehari-harian.
Untuk tutorial pada kali ini, kami memadankan Zehna Chiffon Curved Shawl yang berwana Buttermilk dengan Fall in Lace Baju Kurung Moden kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 3 pin.
Langkah 1 : Letakkan tudung di atas kepala anda
Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda dan pastikan satu bahagian lebih pendek. Di bahagian ini anda boleh pinkan di kedua-dua sisi kepala anda untuk memastikan selendang anda terletak ditempatnya.
Langkah 2 : Bawakan sisi yang panjang ke bahagian sisi muka.

Selepas itu, Bawakan sisi yang panjang ke bahagian belakang di sisi bertentangan dan pinkan di sisi muka anda.
Langkah 3 : Bawakan sisi yang panjang ke bahagian atas.
Langkah yang ketiga, ambil sisi yang panjang dan lilitkan ke bahagian atas kepala anda.
Langkah 4 : Pinkan di sisi muka anda.
Seterusnya, kemaskan bahagian tersebut dan pinkan.
Langkah 5 : Letakkan headbandkegemaran anda di atas kepala.
Pada bahagian ini, anda boleh letakkan headbandkegemaran anda di atas kepala mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.
Gaya terakhir :
Sudah selesai. Mudah bukan? Ianya hanya memerlukan 3 langkah yang ringkas dan pantas. Jadi pastikan anda mencuba gaya ini di rumah. Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi
Hijab Friday!