0

Your Cart is Empty

Cara Melakukan Turban Hijab Style Dengan Tudung Bawal Anda - Hijab Friday

October 05, 2017

Cara Melakukan Turban Hijab Style Dengan Tudung Bawal Anda - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi jelitawan Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan membawakan kepada anda satu gaya turban style headscarf yang amat ringkas digayakan dengan menggunakan tudung bawal.

Gaya ini amat sesuai digayakan semasa keluar bersama rakan-rakan anda. Dan pastinya gaya ini akan membuatkan anda lebih elegan dan berkeyakinan.

 

Video Transkripsi

Hi jelitawan Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Pada minggu ini kami akan membawakan kepada anda satu gaya turban style headscarf yang amat ringkas digayakan dengan menggunakan tudung bawal. Gaya ini amat sesuai digayakan semasa keluar bersama rakan-rakan anda. Dan pastinya gaya ini akan membuatkan anda lebih elegan dan berkeyakinan.

Untuk tutorial pada kali ini, kami memadankan Zahra Chiffon Square Headscaft yang berwana Blue Sunburst, Heat Wave Blouse dengan Say it With Style Peplum Skirt kami. Pastikan anda melayari website kami di www.zolace.com untuk mendapatkan padanan yang anggun ini sebelum ianya kehabisan stok! Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan tutorial pada kali ini. Tutorial ini memerlukan 2 pin.

Langkah 1 : Letakkan hujung tudung di atas kepala anda.

 

Pertama sekali, lipatkan tudung anda menjadi segi tiga. Selepas itu, letakkan hujung di atas kepala anda.

Langkah 2 : Ikatkan sisi tudung anda.

 

Kemudian ikatkan kedua-dua bahagian tudung anda di atas dan pastikannya kemas. 

Langkah 3 : Gulungkannya dan selitkan di tepi bahagian hadapan.

Seterusnya, ambil lebihan di bahagian hadapan dan gulungkannya. Selepas itu, selitkannya di tepi bahagian hadapan dan sematkan pin untuk mengemaskan tudung anda.

Langkah 4 : Bawakan dua lebihan ke belakang dan pinkan.

 

Kemudian, dua lagi bahagian hadapan dibawakan ke belakang dan selitkannya ke bahagian atas. Pinkan untuk lebih kemas. 

Gaya terakhir :

Sudah selesai. Kami berharap anda akan sukakan gaya ini dan kongsikannya bersama rakan-rakan serta ahli keluarga anda!

Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals