0

Your Cart is Empty

Panduan Asas bagi Gaya Tudung Bawal yang Cepat dan Mudah – Hijab Jumaat

September 07, 2017

Panduan Asas bagi Gaya Tudung Bawal yang Cepat dan Mudah – Hijab Jumaat

Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hai rakan-rakan Zolace! Selamat datang ke edisi Hijab Jumaat yang terbaru. Kami faham, kadang-kadang dunia boleh menjadi sedikit gila dan sibuk, jadi amat bagus jika dapat memakai gaya tudung yang mudah, cantik, dan cepat untuk digayakan tidak kira berapa pun umur anda. Ia adalah satu gaya sederhana yang dapat memberikan litupan yang bagus dan tahan lama jika dipakai tidak kira betapa sibuknya hari anda.
 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hai rakan-rakan Zolace! Selamat datang ke edisi Hijab Jumaat yang terbaru. Kami faham, kadang-kadang dunia boleh menjadi sedikit gila dan sibuk, jadi amat bagus jika dapat memakai gaya tudung yang mudah, cantik, dan cepat untuk digayakan tidak kira berapa pun umur anda.

Ia adalah satu gaya sederhana yang dapat memberikan litupan yang bagus dan tahan lama jika dipakai tidak kira betapa sibuknya hari anda. Untuk gaya ini, anda memerlukan Tudung Bawal Zahra Chiffon kami, 2 kerongsang, dan 1 pin. Baiklah, mari kita mulakan!

 

Langkah 1: Lipat tudung anda secara menyerong ke dalam bentuk segi tiga.

Lipat tudung anda menjadi bentuk segi tiga. Letakkan bahagian yang panjang di atas kepala anda supaya ia tergantung ke bawah di kedua-dua belah muka anda. Ambil kerongsang kegemaran anda dan pinkan kedua sisi tudung di bawah dagu.

Langkah 2: Ambil satu sisi dan tarik sisi tersebut ke bahu bertentangan.

Sekarang, ambil satu sisi dan tarik sisi tersebut ke bahu bertentangan, dan pastikan anda rasa cukup dilitupi di bahagian hadapan. Pinkan tudung di bahu apabila anda berpuas hati dengan kedudukannya.

Langkah 3 : Lakukan perkara yang sama dengan sisi yang lain.

Sekarang lakukan perkara yang sama dengan sisi yang lain dan bawa ia ke bahu bertentangan dengan sisi tudung tersebut dan gunakan kerongsang untuk menetapkannya.

Gaya Terakhir :

Dan anda telah pun selesai! Walaupun Tudung Bawal Zahra Chiffon kami cuma mempunyai lebar dan panjang 45 inci, namun ia dapat memberikan litupan yang anda perlukan, seperti yang anda lihat di dalam video.

Padankan Dengan

Oleh kerana Tudung Bawal Zahra Chiffon adalah sangat fleksibel , jadi pemilihan pakaian adalah sangat luas! Hari ini kami memadankannya dengan blaus Colour Me Suprise dan skirt labuh Stop and Stereo kami. Kedua-duanya merupakan pilihan yang hebat jika anda memerlukan pakaian baru di dalam almari anda!

Kami harap anda menikmati video hari ini, jadi pastikan anda meninggalkan komen di bawah, dan memberitahu kami apakah corak atau warna Tudung Bawal Zahra Chiffon yang paling anda sukai! Anda boleh melanggan kami untuk lebih lagi kandungan, dan jumpa lagi minggu hadapan dalam edisi terbaru Hijab Jumaat!


Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals