0

Your Cart is Empty

Gaya Selendang Terkini Untuk Si Jelitawan Yang Mahukan Penampilan Baharu - Hijab Friday

September 07, 2017

Gaya Selendang Terkini Untuk Si Jelitawan Yang Mahukan Penampilan Baharu - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday pada minggu ini di dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hai peminat-peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday. Buat semua jelitawan Zolace, apakah pelan anda pada hujung minggu ini?

Diharapkan gaya yang bakal kami kongsikan sebentar lagi dapat menyempurnakan hujung minggu anda! Pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda satu tutorial selendang dengan menggunakan Zehna Dull Satin Rectangle Shawl kami. Gaya ini sangat sesuai buat anda yang mungkin mahu menukar gaya selendang anda yang lama untuk mendapatkan penampilan yang lebih segar dan menawan.

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hai peminat-peminat Zolace! Bertemu kembali dalam edisi terbaru Hijab Friday. Buat semua jelitawan zolace, apakah pelan anda pada hujung minggu ini? Diharapkan gaya yang bakal kami kongsikan sebentar lagi dapat menyempurnakan hujung minggu anda! Pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda satu tutorial selendang dengan menggunakan Zehna Dull Satin Rectangle Shawl kami.

Gaya ini sangat sesuai buat anda yang mungkin mahu menukar gaya selendang anda yang lama dan menginginkan penampilan yang lebih segar dan menawan. Selain daripada mudah untuk dilakukan, penampilan ini juga dapat memberikan anda aura yang menarik dalam kehidupan seharian anda.

Untuk menambahkankan lagi aura tersebut, Zolace padankan gaya ini dengan Feeling All Bright Dress kami. Pastikan dress yang menyerlah ini perlu ditambahkan ke dalam koleksi pakaian harian anda! Baiklah, mari kita mulakan. Untuk tutorial pada kali ini, kita hanya memerlukan 1 brooch dan 1 pin.

Langkah 1 : Letakkan selendang di atas kepala anda

Pertama sekali, letakkan selendang di atas kepala anda.

Langkah 2 : Pastikan satu bahagian lebih panjang

Seterusnya, pastikan satu bahagian lebih panjang dan satu bahagian lebih pendek. Di sini, anda boleh mengubahsuai kepanjangan selendang anda mengikut kesukaan anda.

Langkah 3 : Bawa satu bahagian ke bahu bertentangan

Untuk langkah ketiga ini, anda perlu bawakan bahagian yang lebih pendek ke bahu yang bertentangan. Di sini anda boleh memilih sama ada mahu memasukkan lebihan selendang ke dalam baju, atau pinkannya di di bahu anda.

Langkah 4 : Ambil bahagian yang lebih panjang

Langkah yang terakhir, bawakan bahagian yang lebih panjang pula ke bahu bertentangan dan pinkannya di bahu anda. Di sini, ada boleh mengubahsuai kelabuhan selendang anda mengikut kesukaan dan keselesaan anda.

Gaya Terakhir :

Lakukan sebarang ubahsuai, dan itu dia, anda sudah selesai! Untuk pengetahuan anda , selendang Zehna Dull Satin Rectangle Shawl kami mempunyai panjang yang sempurna untuk memberikan litupan yang terbaik di bahagian hadapan dan belakang. Selain itu materialnya yang lembut dan mudah dibentuk sudah pasti akan memberikan alunan yang cantik untuk si pemakai. Anda tidak percaya? Buktikan sendiri dengan mendapatkan selendang ini di website kami.
Pastinya ia pembelian yang berbaloi buat anda! Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyertai kami! Kami harap anda akan sukakan tutorial pada minggu ini. Jadi pastikan anda tinggalkan komen anda di bawah dan jangan lupa untuk kongsikan video ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Semoga kita bertemu lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals