0

Your Cart is Empty

Cara Untuk Memakai Selendang Curved Anda Dengan Gaya Yang Terkini - Hijab Friday

October 05, 2017

Cara Untuk Memakai Selendang Curved Anda Dengan Gaya Yang Terkini - Hijab Friday

Untuk edisi Hijab Friday minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Apa khabar semua si manis Zolace? Diharapkan anda berada dalam keadaan sihat dan ceria. Pada minggu ini kami akan membawakan kepada anda satu tutorial selendang yang terkini buat anda yang suka memakai selendang curved. Untuk anda yang tidak pernah mencuba selendang curved pula, pastinya tutorial pada kali ini sedikit sebanyak dapat menambat hati anda untuk mencubanya!
 

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hi peminat Zolace! Kembali kita dalam satu lagi edisi Hijab Friday! Apa khabar semua si manis Zolace? Diharapkan anda berada dalam keadaan sihat dan ceria. Pada minggu ini kami akan membawakan kepada anda satu tutorial selendang yang terkini buat anda yang suka memakai selendang curved. Untuk anda yang tidak pernah mencuba selendang curved pula, pastinya tutorial pada kali ini sedikit sebanyak dapat menambat hati anda untuk mencubanya!

Untuk tutorial pada kali ini kami menggunakan Zehna Chiffon Curved Shawl yang berwarna Sky. Ianya juga dipadankan dengan The Drape Escape Dress keluaran terbaru kami yang semakin mendapat tempat di hati pembeli. Pastikan anda mempunyai satu set padanan ini di dalam almari anda. Pastinya anda akan tampil yakin dengan padanan ini sepanjang hari. Untuk gaaya ini anda memerlukan 1 brooch dan 2 pin. Mari kita mulakan!

Langkah 1 : Letakkan selendang di atas kepala anda

Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda. Pastikan, satu sisi lebih panjang dan satu sisi lebih pendek.

Langkah 2 : Pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu

Selepas itu, kemaskan tudung di bahagian muka anda dan pinkan kedua-dua sisi tudung di bawah dagu dengan menggunakan kerongsang.

Langkah 3 : Bawakan sisi yang pendek ke bahagian yang bertentangan

Langkah yang ketiga, bawakan sisi yang pendek ke bahagian yang bertentangan dan pinkannya di sisi kepala anda.

Langkah 4 : Ambil bahagian yang panjang dan lilitkan

Sekarang, ambil bahagian yang panjang dan lilitkan ke atas kepala anda. Di bahagian ini, anda perlu membawakan bahagian yang panjang ke bahagian bawah sisi selendang yang pendek dan selepas itu barulah dibawakan ke atas kepala anda.

Langkah 5 : Pinkan bahagian yang lebih panjang

Pinkan bahagian yang lebih panjang di sisi kepala anda.

Gaya terakhir :

Kemaskan dan anda sudah selesai! Lihatlah bagaimana Zehna Chiffon Curved Shawl kami dapat memberikan alunan yang cantik dan kemas buat anda. Rugi jika anda tidak menambahkannya ke dalam koleksi selendang anda! Baiklah, sampai disini sahaja tutorial kita pada hari ini. Terima kasih kerana menyertai kami pada hari ini. Tinggalkan komen anda di bawah, subscribe, dan jumpa lagi pada minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Friday!


Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals