0

Your Cart is Empty

Bagaimana Untuk Tampil Bergaya Dengan Gaya Selendang Yang Mudah dan Cepat - Hijab Jumaat

September 07, 2017

Bagaimana Untuk Tampil Bergaya Dengan Gaya Selendang Yang Mudah dan Cepat - Hijab Jumaat

Untuk edisi Hijab Jumaat minggu ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik sini. Hey peminat Zolace! Selamat datang kembali ke satu lagi edisi Hijab Jumaat. Hari ini kami akan membawakan kepada anda penampilan yang cepat dan mudah, serta membuatkan anda kelihatan elegan dan anggun.

Alunan yang dibuat oleh selendang lembut ini pasti membuat si pemakai kelihatan cantik dan bergaya untuk menjalankan hari-hari yang mencabar. Selain itu, penampilan ini juga ringkas dan mudah untuk digayakan tanpa perlu bersusah payah dan anda pasti suka untuk menggayakan gaya ini berulang-ulang kali!

Shop Hijab Friday Headscarf

Video Transkripsi

Hey peminat Zolace! Selamat datang kembali ke satu lagi edisi Hijab Jumaat. Hari ini kami akan membawakan kepada anda penampilan yang cepat dan mudah, serta membuatkan anda kelihatan elegan dan anggun.

Alunan yang dibuat oleh selendang lembut ini pasti membuat si pemakai kelihatan cantik dan bergaya untuk menjalankan hari-hari yang mencabar. Selain itu, penampilan ini juga ringkas dan mudah untuk digayakan tanpa perlu bersusah payah dan anda pasti suka untuk menggayakan gaya ini berulang-ulang kali! Penampilan ini hanya memerlukan 1 kerongsang dan 2 pin, teruskan bersama kami untuk melihat bagaimana ianya dipadankan bersama!

Hari ini kami ada pakaian yang lengkap untuk anda yang mana ianya sempurna untuk pelbagai suasana dan tempat. Pakaian yang ditayangkan dalam video ini adalah Blaus "Faithful Staple Blouse" dan Seluar "Best of Spirits Palazzo Pants". Dan apa yang paling menarik? Anda boleh padankannya dengan kasut tumit tinggi dan anda siap untuk pergi kerja. Atau pasangkannya dengan sandal dan anda dengan serta-merta siap untuk berhibur dihujung minggu! Baiklah, kita mulakan!

Langkah 1 :Meletakan selendang di atas kepada anda

Mulakan dengan meletakkan selendang di atas kepala anda pastikan satu sisi panjang daripada yang sebelah. Bariskan selendang disekeliling wajah anda dan guna kerongsang untuk satukan kedua-dua hujung di dagu anda. Selitkan sebahagian kecil daripada bahagian yang pendek ke dalam pakaian anda.

Langkah 2 :Bawakan potongan yang panjang keatas

Sekarang, bawakan potongan yang panjang keatas dan sekeliling sisi bertentangan dengan kepala anda, dan pinkan ia bersebelahan telinga anda. Disinilah di mana anda boleh tentukan berapa banyak litupan yang anda mahu pada bahagian hadapan. Jika anda ingin lebih banyak litupan, hanya biarkan lebih banyak fabrik di bahagian depan dengan membuat satu bulatan besar di sekeliling muka anda sebelum anda pinkannya. Jangan risau, tudung kami cukup panjang untuk tinggalkan cukup bahagian sebagai tirai untuk dibahagian sebelah kemudian nanti.

Langkah 3 :Bawakan potongan yang panjang keatas

Bawa seluruh selendang di bahagian depan dan perlahan-lahan lipatkan ke atas untuk pinkannya diatas kepala anda untuk membuat alunan sisi cantik. Buat sebarang pelarasan terakhir kerana ianya adalah sangat mudah untuk membuat lapisan dan alunan, jadi anda hanya perlu sesuaikan mengikut kesukaan anda.

Gaya terakhir:

Itu saja, sudah selesai! Selendang ini macam buat semua kerja untuk anda kerana mudahnya ia terjurai seperti tirai. Alunan yang dibuat oleh Zehna Chiffon Rectangle Shawl kami sangat cantik dan elegan! Kami rasa anda akan suka penampilan ini, jadi pastikan anda kongsikan dengan rakan-rakan anda! Tinggalkan komen anda di bawah, langgan, dan jumpa anda minggu hadapan untuk satu lagi edisi Hijab Jumaat!

Leave a comment

Get Updates & Exciting Deals